Maher Zain Live in Kuching Slideshow: Linda’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Kuching was created by TripAdvisor. See another Kuching slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Friday, December 2, 2011

Menghitung hari untuk cuti-cuti Malaysia


"Berapa hari lagi kita nak balik Terengganu, ummie?" Itulah soal Nana setiap kali saya dan suami balik kerja.   Berbanding abangnya Arin, Nana memang tidak sabar mahu balik ke Terengganu. Kataya ingin sangat berjumpa dengan sepupu-sepupunya kat sana. Apa tidaknya, kali terakhir kami balik ke Terengganu adalah dua tahun lepas-2008.





Alhamdulillah, dengan kesempatan dan kelapangan yang ada, insha Allah kami sekeluarga akan bercuti-cuti Malaysia bermula 11 Disember (lebih kurang seminggu sahaja lagi) dengan memulakan perjalanan ke Johor Bahru selama dua malam, ingin menelusuri jejak-jejak saya dan suami di sekitar Johor Bahru (mengembalikan nostalgia nampak!) seterusnya akan ke Melaka untuk menikmati Melaka River Cruise pada waktu malam (mudah-mudahan tak hujan malam tu) kemudian ke Kuala Lumpur untuk dua malam membawa anak-anak ke Aquaria @ KLCC dan Pusat Sains Negara. Dan selepas itu, barulah kami akan balik Terengganu (semoga tengkujuh tidak teruk sangat).

Balik Terengganu, semestinya ingin menikmati keropok lekor, air buah gelas besar, satah, kuih akok, nasi dagang, nasi kerabu, keropok ikan, menaiki bot penambang, Pantai Batu Burok, melawat Taman Tamadun Islam, insha Allah solat di Masjid Kristal dan shopping di Pasar Payang! Hmmmm insha Allah semua itu akan saya rakamkan buat kenangan :)




Saya dan suami tengah mencongak-congak keperluan yang hendak dibawa, paling senang dengan menyediakan senarai semak - checklist supaya tidak ada yang tertinggal.





Semoga segala urusan kami dipermudahkan dan semoga Allah melindungi kami sepanjang perjalanan kami. Selamat bercuti semua! Bercutilah mengikut kemampuan kerana di Malaysia macam-macam ada!!! :)