Seawal jam 4.15 pagi saya dan suami bersiap untuk ke Beaufort. Tujuan kami hanya untuk mendapatkan daging kerbau segar untuk dijadikan hidangan tengahari dan selebihnya akan disimpan dalam peti sejuk beku sebagai stok untuk dimasak kemudian. Seusai solat subuh, kami memulakan perjalanan ke Beaufort yang memakan masa satu jam perjalanan menggunakan kereta.
Tiba di Beaufort, kami terus ke tapak tamu Beaufort untuk mencari gerai yang menjual daging segar. Kami memborong tulang rusuk, daging batang pinang, ekor dan paru. Dengan harga yang berpatutan sememangnya berbaloi.
Kami singgah untuk bersarapan pagi di Brunei Satay House II untuk menikmati sate dan kelupis (salah satu makanan tradisi Sabah dan Sarawak).
Nasi lemak dan kelupis antara menu yang disajikan
Kelupis - makanan tradisi masyarakat Melayu Brunei dan Bajau
Sate - set hidangan individu
Singgah sebentar sebelum bersarapan
Pemandangan Jambatan Beaufort dari Beaufort Waterfront
Beaufort Waterfront - hanya tinggal nama sebab tidak dijaga dengan baik
Pemadangan Sungai Padas dari bawah Jambatan Beaufort
Hotel River Park Beaufort
Sejarah Beaufort yang dipaparkan di Beaufort Waterfront
Papan tanda Sungai Padas yang sudah hilang 'pedas'nya
Ingin meneruskan perjalanan ke Sipitang?
Singgah dalam perjalanan pulang di Kampung Nyaris-Nyaris untuk merakamkan pemandangan ini
Tamu Pekan Beaufort adalah pada setiap hari Jumaat dan Sabtu. Pelbagai keperluan dapur, peralatan rumah dan makanan serta minuman boleh didapati di sini. Semestinya sekiranya kami inginkan bekalan daging yang segar, kami akan mengunjungi Beaufort berbanding Pasar Besar Kota Kinabalu. Selamat pagi Beaufort!




















