Deja vu? Seperti pernah membaca entri saya dengan tajuk ini? Memang ya. Dekat Tapi Jauh juga tajuk entri saya berkenaan Maher Zain Live in Concert pada Februari lalu. Cuma, entri tersebut saya delete atas sebab-sebab tertentu.
Alhamdulillah, saya dan adik saya mendapat peluang untuk menghadiri konsert Maher Zain buat kali kedua. Kalau Februari lalu di Stadium Malawati Shah Alam, kali ini di Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak. Konsert Maher Zain Live in Kuching yang dipersembahkan oleh CatsFM, ditaja bersama oleh Marctensia, Kementerian Pelancongan Sarawak, Awakening Records, TV3 selaku siaran TV rasmi, Sarawak Tribune serta Utusan Sarawak selaku akhbar rasmi juga menampilkan artis di bawah naungan Awakening Records - Irfan Makki dan Mesut Kurtis sama seperti konsert di Shah Alam.
Bezanya? Semestinya kos untuk menghadiri konsert kali ini jauh lebih murah kerana Kuching dan Kota Kinabalu tidak jauh jaraknya. Kami hanya menginap untuk satu malam di Kuching memandangkan konsert hanya diadakan satu malam sahaja berbanding dengan di Shah Alam, kami menghadiri kedua-dua malam.
Sambutan? Lebih kurang sama dengan konsert di Shah Alam, stadium hampir penuh dengan para peminat cuma mungkin saiz Stadium Perpaduan ini lebih kecil berbanding dengan Stadium Malawati. Para peminat juga memberikan kerjasama yang baik dengan menyanyikan lagu-lagu yang didendangkan bersama dengan Irfan, Mesut dan Maher. Uniknya, konsert kali ini ramai dihadiri oleh para peminat di Sarawak yang bukan sahaja berbilang bangsa tetapi juga berlainan agama. Peminat dari Indonesia, Semenanjung Malaysia dan Sabah juga sanggup datang untuk turut memeriahkan konsert.
Irfan Makki, Mesut Kurtis dan Maher Zain
Keseluruhannya? Saya lebih berpuas-hati dengan penganjuran dan persembahan di Shah Alam berbanding kali ini. Apa pun, thumbs-up buat Sarawak kerana mampu untuk membawa Maher Zain ke Kuching. Saya tidak pasti adakah sesiapa yang sanggup untuk membawa Maher Zain ke Sabah :)
Harapan? Saya sangat berharap dapat menghadiri konsert Maher Zain dengan iringan orkestra. Lagu-lagu kerohanian dan kemanusiaan yang dibawakan oleh beliau akan tambah 'hidup' lagi dengan iringan muzik orkestra. Insha Allah, ada jalannya... :)
Pemandangan luar bilik hotel tempat kami menginap
Antara pemandangan di kedai-kedai menjual cenderahati
Waterfront
Maher Zain Live in Kuching Slideshow: Linda’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Kuching was created by TripAdvisor. See another Kuching slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.
Cenderahati dari saya untuk anda













0 comments:
Post a Comment