Selepas menghangatkan Stadium Malawati, Shah Alam pada 25 dan 26 Februari lalu, Maher Zain kini sedia kembali ke Malaysia bagi menghiburkan peminatnya di sini. Cuma kali ini, penyanyi yang popular dengan lagu Insya-Allah itu memilih Bandaraya Kuching sebagai lokasi konsert.
Tidak dapat dinafikan, sejak lagu Insya-Allah nyanyiannya mendapat sambutan, penyanyi berusia 30 tahun ini mempunyai ramai peminat dari seluruh pelusuk dunia. Buktinya, sejak membuka akaun di laman sosial Facebook dua tahun lalu, dia sudah berjaya mengumpul lebih dua juta peminat.
Maher juga mencatat sejarah tersendiri apabila album Thank You Allah berjaya dijual sebanyak 120,000 unit dan dianugerahkan dengan enam anugerah platinum di atas kejayaan cemerlangnya di Malaysia. Pada tahun yang sama, penyanyi ini juga dinamakan sebagai individu yang paling kerap dicari dalam enjin pencarian Google Malaysia.
Dianjurkan oleh Marctensia Concerts, konsert yang dinamakan Maher Zain Live In Sarawak ini akan berlangsung di Stadium Perpaduan Kuching pada 19 November hadapan, jam 8.00 malam.
Tiket-tiket dijual pada harga RM103, RM203 dan RM303. Bagaimanapun, mereka yang membuat pembelian dari 19 September sehingga 2 Oktober berpeluang menikmati diskaun sebanyak 10 peratus.
Untuk tempahan, anda boleh melayari www.ticketcharge.com.my atau menghubungi talian TicketCharge di 03-92228811. Untuk mendapatkan tiket VIP, anda boleh menempahnya dengan menghubungi talian hotline Marctensia iaitu 03-20921199 atau emelkan kepada ticketing@marctensia.com
Sumber : www.gua.com.my
Apa kata saya?Betul ke? Kenapa? Tak percayakah? :p
Alahai, susahnya nak buat keputusan... pergi... tak pergi... pergi... tak pergi... dah dekat sangat dah ni... KK ke Kuching... uwaaaaaaaaaaa!!!!!









0 comments:
Post a Comment