Semakin dekat nak cuti sekolah, semakin ramai yang berkunjung ke blog saya ini dan semestinya entri Selamat Datang Ke Negeri Sabah Di Bawah Bayu menjadi entri paling popular. Terima kasih banyak saya ucapkan.
Untuk memberikan 'mood' cuti kepada anda kali ini, saya paparkan di sini klip video perjalanan kami menaiki keretapi dari Papar-Beaufort-Papar pada Sabtu lepas. Perjalanan yang singkat ini cukup memberikan kenangan indah buat kami kerana kebetulan pihak YADIM mengadakan Ekspedisi Dakwah dengan berkeretapi dari Stesen Tanjung Aru ke Stesen Beaufort. Baca catatan ini untuk lebih lanjut Sehari Bersama Ekspedisi Dakwah YADIM
Selamat bercuti kepada semua yang bercuti. Sekiranya anda merancang untuk ke satu-satu destinasi, utamakan keselamatan dan berbelanjalah mengikut kemampuan. Hmmm... nampaknya Kundasang menanti kunjungan kami kali ini. Jom jalan-jalan!







0 comments:
Post a Comment