Maher Zain Live in Kuching Slideshow: Linda’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Kuching was created by TripAdvisor. See another Kuching slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.
Tuesday, August 24, 2010
Sentiasa beringat di jalan raya
Sabah & Sarawak: 14 laluan maut
Oleh Suzianah Jiffar
2010/08/23
KOTA KINABALU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah mengenal pasti 14 laluan maut di seluruh negeri yang bakal diberi tumpuan dalam rondaan mencegah kemalangan jalan raya sempena musim perayaan mulai 27 Ogos hingga 25 September ini.
Daripada jumlah itu, tiga laluan adalah di daerah ini, iaitu Kilometer (KM) 0-15 Jalan Lintas-Tuaran, KM8-KM20 Jalan Kota Kinabalu-Papar dan KM9-KM22 Jalan Lintas- Kepayan.
Laluan lain ialah KM12-KM52 Jalan Labuk di Sandakan; KM1-KM24 Jalan Apas (Tawau); KM2-KM12 Jalan Keningau-Tambunan (Keningau); KM1-KM21 Jalan Beaufourt-Papar (Beaufort); KM1-KM10 Jalan Kudat-Tamalang (Kudat) dan KM28 Jalan Lahad Datu-Sandakan (Lahad Datu).
KM1-KM15 Jalan Papar Beaufort (Kimanis); KM20-KM40 Jalan Semporna-Kunak (Silam); KM1-KM44 Jalan Tuaran-Kota Belud-Ranau (Telipok); KM40-KM65 Jalan Beluran-Telupid (Telupid) dan KM28 Jalan Lahad Datu-Sandakan (Segama).
Pengarah JPJ negeri, Mohd Shuhaili Mohd Taufek, berkata rondaan itu akan diadakan selama 16 jam dan ia adalah sebahagian daripada kaedah baru penguatkuasaan undang-undang JPJ Sabah tahun ini.
"Kami akan menempatkan pegawai dan anggota untuk melakukan rondaan setiap masa. Ini adalah antara jalan yang kerap berlaku kemalangan, termasuk membabitkan kematian.
"Kami berharap pengguna jalan raya lebih berhati-hati ketika menggunakan laluan itu," katanya pada dalam sidang media selepas melancarkan Ops Sikap XXII musim Aidilfitri 2010 di Terminal Bas Utara, Inanam dekat sini, kelmarin.Mengenai operasi itu, beliau berkata penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan dari 4 hingga 19 September ini.
"Seramai 273 anggota JPJ akan terbabit dalam Ops Sikap ini, termasuk dalam penguatkuasaan, rondaan dan penyamaran di seluruh negeri," katanya.
Beliau berkata, antara objektif Ops Sikap XXII adalah mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan jalan raya.
"Kami juga akan mempertingkatkan keselamatan penumpang kenderaan awam, pematuhan undang-undang jalan raya, memastikan kenderaan lebih muatan tidak berada di jalan raya, pemeriksaan bas ekspres di terminal dan pemantauan terhadap teksi dan kereta sewa," katanya.
Bagaimanapun, katanya, larangan kenderaan barangan menggunakan lebuh raya yang dikuatkuasakan di Semenanjung tidak dikuatkuasakan di Sabah dan Sarawak.
Sumber : Berita Harian Online
Apa kata saya?
Sentiasalah beringat di jalan raya. Pesanan ini juga adalah untuk diri saya sendiri yang setiap hari melalui jalan Papar-KK-Papar pagi dan petang untuk ke tempat kerja. Apa yang penting, sebelum melangkah keluar rumah bacalah doa keluar rumah dan lagi baik doa menaiki kenderaan, insyaallah kita akan selamat pergi dan kembali ke rumah.

Labels:
Gaya Hidup
Tuesday, August 17, 2010
Berceloteh di tengahari
Hari ini genap sudah seminggu kita berpuasa? Puasa camne? Ok ke? Harap-harap ibadah puasa kita makin hari semakin baik lah ye, janganlah kita hanya dapat lapar dan dahaga semata-mata (pesanan buat diri saya sendiri dan kepada anda yang sedang berpuasa).

Yang ada anak tu macam mana pula puasa anak-anak? Saya juga tidak terkecuali dengan pengalaman mendidik anak untuk berpuasa ni. Seronok tengok anak-anak ni kan, teringat pula zaman kanak-kanak dulu... saya dulu belajar puasa bermula dari Darjah 1... wah! memang beria-ia nak puasa maklumlah mak kata orang tak puasa tak boleh raya... maka cubalah berpuasa walau pun badan letih gila... tapi biasalah kan baru belajar puasa jadi taklah penuh sebulan, ada yang rongak di sini dan sana.. hahahaha.... tapi alhamdulillah, dari tahun ke tahun bilangan hari berpuasa tu meningkat, daripada rongak di sini dan di sana jadilah puasa penuh sebulan! Wow! Memang seronok gila masa tu.... lagi seronok kalau atuk belikan bunga api... tapi saya tak le nakal sangat sampai putus jari-jemari sebab main mercun... main ikut peraturan gitu... :-)
Anak-anak saya setakat ini alhamdulillah... yang sulong umur 8 tahun setakat semalam belum ponteng lagi puasanya... mudah-mudahan penuhlah puasa Arin tahun nih sama macam tahun lepas ye... Nana anak saya yang kedua umur 7 tahun pula setakat semalam sudah penuh 4 hari... puasa hari pertama dan kedua tu katanya puasa setengah hari... ok lah tu untuk melatih anak-anak berpuasa dan melatih diorang untuk bangun bersahur.
Dalam berpuasa saya sempat juga meluangkan masa untuk buat poster/banner untuk hari kemerdekaan kita yang ke-53. Pada mulanya, saya nak ambil saja yang ada kat Internet untuk tampalkan di blog ni tapi bila dapat lebih kurang sama lah pula dengan yang saya buat tahun lepas. Tak caya, tengok lah nih...

Oleh sebab tu lah saya buatkan yang ini untuk dikongsi bersama....

Oklah... itu sahajalah untuk setakat ini, akan saya sambung bila ada kelapangan.... jaga diri hiasi peribadi... :-)
Labels:
Gaya Hidup,
Merdeka 53
Tuesday, August 10, 2010
Aduhai Negaraku Malaysia
Membaca rencana Kerja Gila “Kaki Nombor” dalam Dewan Masyarakat edisi Julai 2010 membuat saya berfikir panjang.Dalam rencana Kerja Gila “Kaki Nombor” tulisan Muhamad Rafiq Abdul Rahman sedikit sebanyak mendedahkan kegilaan “kaki nombor” atau mereka yang suka membeli tiket loteri di kedai-kedai ejen nombor ramalan. Yang menyedihkan, terdapat juga “kaki nombor” ini adalah mereka yang beragama Islam. Mereka tanpa segan silu turut beratur untuk membeli tiket. Tambah parah lagi apabila mereka sanggup membeli tiket-tiket ini dengan jumlah minimum RM10 hingga ke RM50 sehari sehinggakan sekiranya sudah kehabisan wang, mereka sanggup bergolok bergadai. Semuanya hanyalah kerana ingin memenangi wang pertaruhan yang nilainya mencecah jutaan ringgit.
Lagi mengharukan, mereka sanggup untuk berjumpa dengan “Raja Tilik Nombor Ekor” untuk mendapatkan nombor yang kononnya boleh menang.
Semasa membaca rencana ini juga saya teringat wajah-wajah rakan saya yang “kaki nombor”. Mereka ini pantang tengok nombor, ada sahaja idea kreatif mereka untuk mencuba kombinasi nombor-nombor yang mereka lihat terutama sekali nombor plat kenderaan yang terlibat dalam kemalangan, bahkan nombor plat kereta saya juga selalu jadi mangsa. Apa yang melucukan, ada yang buta bahasa Cina tetapi membeli suratkhabar berbahasa Cina semata-mata ingin melihat keputusan nombor yang menang.
Apa yang saya ingin paparkan di sini bukanlah berkenaan “kaki nombor” tetapi sebenarnya saya meragui status negara kita Malaysia – adakah Malaysia sebuah negara Islam atau sebuah negara yang agama rasminya adalah Islam.
Sebuah negara Islam tidak sepatutnya menghalalkan aktiviti perjudian apatah lagi mengaut keuntungan daripadanya. Menurut rencana yang sama, sesebuah syarikat perjudian yang mempunyai 100 buah premis perjudian nombor ekor boleh mendapat keuntungan minimum RM1 juta ringgit sehari, RM7 juta seminggu, RM30 juta sebulan dengan menerima “pelabur” minimum 200 “kaki nombor” sehari. Dan daripada jumlah itulah Kerajaan mendapat keuntungan melalui cukai perniagaan. Tidak hairanlah perniagaan ini mampu untuk disenaraikan dalam
Ini belum lagi mengambil kira kegiatan pelacuran dan pusat-pusat hiburan yang dengan sewenangnya menghidangkan minuman keras. Sejauh manakah penglibatan orang Islam dalam kegiatan-kegiatan ini? Berapa banyak keuntungan yang mereka perolehi? Dan berapa banyak pula cukai yang dikutip oleh Kerajaan melalui kegiatan-kegiatan ini? Dan dengan cukai inilah Kerajaan membangunkan negara serta memberikan peruntukan di
Saya
Untuk menjadi sebuah negara Islam, pada pendapat saya sesebuah negara itu haruslah bukan setakat memberi keistimewaan kepada Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan semata-mata tetapi juga mengamalkan Islam secara total daripada dasar yang digubal, undang-undang yang diwartakan, bidang politik hatta para pemimpin itu sendiri bukan sekadar memiliki karisma tetapi juga layak untuk menjadi ‘imam’.
Sejujurnya saya merasa bimbang dengan semua ini.
Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah. Semoga kita semua sentiasa dipelihara oleh Allah s.w.t.
Selamat menyambut Ramadhan kepada semua rakan muslim.
Marilah kita sama-sama mengambil peluang menambahkan amalan dalam Ramadhan kali ini, semoga Ramadhan kali ini memberikan seribu makna buat kita semua.Selamat menyamb
ut kemerdekaan yang ke-53. Sama-samalah kita menjadikan sejarah pengorbanan para pejuang kemerdekaan sebagai teladan untuk kita memerdekakan diri sepenuhnya kerana harga sebuah kemerdekaan itu adalah terlalu mahal. Sejarah telah menyaksikan telah banyak darah yang tumpah semata-mata untuk mendapatkan kemerdekaan.
Janganlah kita sia-siakan pengorbanan para pejuang ini dengan menjadikan diri kita sebagai hamba kepada sebuah kemajuan yang menuntut kita untuk menggadai moral dan harga diri. Jadilah seorang manusia sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t iaitu sebagai khalifah di muka bumi ini dengan melakukan perubahan bertunjangkan Al-Qur’an dan As-Sunnah.
Jadikanlah konflik Israel-Palestin sebagai iktibar kerana sudah 60 tahun Palestin memperjuangkan kemerdekaan yang belum tahu bila akan tiba. Tempoh 60 tahun ini telah menyaksikan ribuan nyawa terkorban tanpa mengira lelaki atau wanita, muda atau tua, dewasa atau kanak-kanak. Jangan hanya sekadar melihat penderitaan mereka di kaca televisyen dan di dada akhbar tetapi
Labels:
Gaya Hidup,
Politik
Subscribe to:
Posts (Atom)