Dan hari ini misi saya ke Pasar Tani adalah untuk mengambil beberapa gambar sekitar aktiviti perniagaan di Pasar Tani ini. Alhamdulillah, saya telah berjaya mengetik kamera-'retouching'-menghasilkan klip. Untuk anda, saya kongsikan di sini klip tersebut ;-)
Aaha! Itu adalah misi pertama saya pada hari ini. Misi kedua - misi bubur lambuk. Tujuan ke Pasar Tani pagi tadi adalah untuk membeli keperluan bubur lambuk lah tu. Alhamdulillah, bubur lambuk sudah selamat dimakan. Suami masak, saya dan anak-anak tolong makan sajalah! Bukan tak tau masak, masih kurang sihat - batuk dan selsema, baru baik demam.
Resepi Bubur Lambuk
Bahan-bahan:
1 cawan beras
1 ekor ikan kembung (dipanggang atau dikukus)
sedikit lada hitam (untuk rasa pedas)
sedikit halba
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 kotak kecil santan
3 biji ubi keledek (dipotong sederhana)
secekak pucuk miding
8-10 keping pucuk limau purut
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara membuat:
1. Cuci beras dan masak bubur nasi seperti biasa;
2. Sementara menunggu bubur separuh masak, ambil isi ikan kembung yang telah dipanggang atau dikukus kemudian tumbuk isi ikan tadi bersama bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Ketepikan setelah lumat;
3. Setelah bubur separuh masak, masukkan ubi keledek dan biarkan sehingga ubi keledek separuh masak. Masak hanya dengan api perlahan sahaja;
4. Kemudian masukkan campuran isi ikan yang telah ditumbuk tadi, pucuk miding, pucuk limau purut, halba, santan dan garam & gula secukup rasa. Biarkan seketika;
5. Setelah pucuk miding dan pucuk limau purut layu sedikit, bubur lambuk sudah sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba!
Untuk hari ini, misi saya terlaksana! Missions accomplished!!! Semoga esok lebih baik daripada hari ini :-)







1 comments:
bestnya bubur lambuk!ehehe kalau cukup bahan bleh try nih.kakaka~
p/s: lama tak jenguk sini.Salam Aidiladha sis :)
Post a Comment