Maher Zain Live in Kuching Slideshow: Linda’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Kuching was created by TripAdvisor. See another Kuching slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Thursday, October 29, 2009

TM Sabah Juara!

Saya cukup suka cerita ni sebab pada tahun ini TM telah berjaya merangkul gelaran Juara (Kategori Swasta) Istiadat Perbarisan Sempena Hari Jadi Rasmi Ke-63 TYT Negeri Sabah 2009.

Tahniah kepada para peserta yang saya percaya telah bertungkus-lumus berpanas berhujan berhari-hari untuk latihan kawad. Yang putih saya dah tengok bertukar jadik warna merah kesan panas matahari.

Apa pun, usaha mereka berbaloi. Tahniah sekali lagi.


Segak bergaya membawa imej syarikat



Kiri kanan kiri! Kiri kanan kiri!


Para belia kebanggaan TM



Yeeeeaaahhh!!!! Sorakan kemenangan



Ehem... ini tak tau nak cakap apalah
... terlebih sudah


Menjulang piala kemenangan


Bergambar bersama GM



Say cheeesseeee!!!




Gambar adalah ihsan Rithzal.com Photography (Terima kasih)

Wednesday, October 14, 2009

Wayang Kita - Syurga Cinta

Anda sudah menonton Syurga Cinta lakonan Awal Ashaari, Heliza AF5 dan Hadziq? Kebetulan bulan ini filem ini ditayangkan di layar saluran Tayangan Unggul Astro, saya berkesempatan menonton filem ini berkali-kali.

Pada mulanya, saya mungkin prejudis terhadap Syurga Cinta dengan mengatakan "Hek eleh, ini filem Melayu tipu Melayu lagilah ni". Ternyata tanggapan saya meleset apabila menonton filem ini buat kali pertama, sudahnya saya menonton berkali-kali setiap kali ada kesempatan.

Filem Syurga Cinta arahan Ahmad Idham ini mengisahkan seorang pemuda Irham (lakonan Awal) yang baru balik dari luar negara dicabar oleh dua orang rakannya (lakonan Fizz dan Shaheizy) untuk memikat seorang gadis bertudung, Syuhadah (lakonan Heliza AF5). Tempoh yang diberikan kepada Irham adalah satu bulan dan setelah tamat tempoh itu, Irham hendaklah memutuskan hubungan dengan Syuhadah dan menceritakan hal yang sebenarnya.

Kenapa saya terpikat dengan filem ini?
1. Teknik kamera yang bagus;
2. Penataan cahaya yang bagus;
3. Skrip yang bagus;
4. Pelakon yang berjaya menjiwai watak;

Tidak keterlaluan saya katakan filem ini lebih baik daripada Ayat-Ayat Cinta dan Syahadah Cinta yang mana kedua-duanya dari Seberang dan diadaptasi daripada novel.

Skrip yang sarat dengan mesej dan pengajaran cukup jelas dan dapat difahami oleh penonton. Antara skrip yang saya suka :

1. "Kalau nak bertaubat, tunggu nak mati nanti... pergi haji ke buat apa ke..., kita kan dah banyak beribadah, bersedekah sana-sini. Ikmal tu kita ambil jadi anak angkat bukankah ibadah namanya, confirm tak masuk neraka! (lebih kurang lah, tak ingat sangat hehe)

2. "Ada tiga jenis cinta. Pertama, cinta dari syaitan - kamu jatuh cinta dengan Syuhadah, Syuhadah mengandung kemudian kamu bernikah. Kedua, cinta disebabkan oleh jin - kamu jatuh cinta dengan Syuhadah tetapi Syuhadah tidak menyintai kamu lalu kamu gunakan sihir supaya Syuhadah jatuh cinta kemudian kamu bernikah. Ketiga, cinta dari mata turun ke hati - kamu jatuh cinta dengan Syuhadah, kamu melamarnya lalu bernikah. Inilah dikatakan syurga cinta!" (lebih kurang lah...)

Syabas kepada Metrowealth atas Syurga Cinta - sangat bagus! :-)