Mungkin saya terlewat untuk membuat sorakan ini. Sebabnya mungkin sudah lama sebenarnya cuti sekolah bermula, barulah saya bersorak (bagi pihak anak-anak saya) atau mungkin terlewat sebab saya sudah terlalu lama sebenarnya meninggalkan alam persekolahan.Kesibukan di tempat kerja pada hujung tahun memang tidak digemari oleh segelintir orang sebab pada ketika itulah sebenarnya masa harus diluangkan bersama anak-anak yang sedang bercuti sekolah yang agak panjang. Saya merupakan salah seorang daripada segelintir orang itu. Minggu ini barulah saya berpeluang untuk pergi bercuti bersama anak-anak.
Anak-anak asyik bertanya "Bila ummie nak cuti? Bosanlah duduk rumah", "Bila kita nak pergi memancing ummie?", "Bila nak mandi kolam ummie?". Hah! Naik bosan saya menjawab soalan-soalan cepumas tu. Sudahnya, saya dan suami membawa mereka bercuti di KK sahaja. Janji, anak-anak dapat bermalam di luar rumah.
Untuk percutian kali ini, saya memilih untuk menginap di Manja Hotel yang terletak di KK Times Square. Hmmm... boleh tahan juga besar biliknya. Untuk pengetahuan, Manja Hotel ini baharu sahaja dibuka iaitu kurang dari setahun. Tak pasti dengan kadar bilik yang lain tetapi untuk Family Room harganya adalah RM168.00 untuk satu malam. Family Room ini ada dua katil queen size, cukup selesa untuk keluarga berempat beranak.
Pada masa catatan ini ditulis, anak-anak dan suami pergi memancing di Jesselton Point. Saya? Hmmm... untuk malam nih saya nak berehat dulu dalam bilik hotel sambil mengemaskini blog-blog yang ada.
Ini kisah percutian saya untuk cuti sekolah kali ini, anda pula bagaimana? Di mana anda bercuti? Walau di mana pun anda bercuti, saya ucapkan selamat bercuti. Bercutilah mengikut kemampuan anda :-)
Selamat bercuti semua!

Antara ruang dalam bilik Family Room

Bilik air yang selesa

Saya memang suka ambil gambar lampu bilik hotel

Kalau dah tak tau nak buat apa, tengoklah TV :-)







4 comments:
Selamat bercuti... :)
wah best juga dapat memancing..ba selamat bercuti..
Macam mahal je tempat ni........
NIGHT WALKER - semasa kami sekeluarga menginap di sini hotel ini saya kira menawarkan harga yang berpatutan berbanding dengan hotel lain, setimpal dengan bilik & kemudahan yang disediakan (Internet Wifi is free), tak pula survey harga terkini ;)
Post a Comment