Wednesday, October 14, 2009

Wayang Kita - Syurga Cinta

Anda sudah menonton Syurga Cinta lakonan Awal Ashaari, Heliza AF5 dan Hadziq? Kebetulan bulan ini filem ini ditayangkan di layar saluran Tayangan Unggul Astro, saya berkesempatan menonton filem ini berkali-kali.

Pada mulanya, saya mungkin prejudis terhadap Syurga Cinta dengan mengatakan "Hek eleh, ini filem Melayu tipu Melayu lagilah ni". Ternyata tanggapan saya meleset apabila menonton filem ini buat kali pertama, sudahnya saya menonton berkali-kali setiap kali ada kesempatan.

Filem Syurga Cinta arahan Ahmad Idham ini mengisahkan seorang pemuda Irham (lakonan Awal) yang baru balik dari luar negara dicabar oleh dua orang rakannya (lakonan Fizz dan Shaheizy) untuk memikat seorang gadis bertudung, Syuhadah (lakonan Heliza AF5). Tempoh yang diberikan kepada Irham adalah satu bulan dan setelah tamat tempoh itu, Irham hendaklah memutuskan hubungan dengan Syuhadah dan menceritakan hal yang sebenarnya.

Kenapa saya terpikat dengan filem ini?
1. Teknik kamera yang bagus;
2. Penataan cahaya yang bagus;
3. Skrip yang bagus;
4. Pelakon yang berjaya menjiwai watak;

Tidak keterlaluan saya katakan filem ini lebih baik daripada Ayat-Ayat Cinta dan Syahadah Cinta yang mana kedua-duanya dari Seberang dan diadaptasi daripada novel.

Skrip yang sarat dengan mesej dan pengajaran cukup jelas dan dapat difahami oleh penonton. Antara skrip yang saya suka :

1. "Kalau nak bertaubat, tunggu nak mati nanti... pergi haji ke buat apa ke..., kita kan dah banyak beribadah, bersedekah sana-sini. Ikmal tu kita ambil jadi anak angkat bukankah ibadah namanya, confirm tak masuk neraka! (lebih kurang lah, tak ingat sangat hehe)

2. "Ada tiga jenis cinta. Pertama, cinta dari syaitan - kamu jatuh cinta dengan Syuhadah, Syuhadah mengandung kemudian kamu bernikah. Kedua, cinta disebabkan oleh jin - kamu jatuh cinta dengan Syuhadah tetapi Syuhadah tidak menyintai kamu lalu kamu gunakan sihir supaya Syuhadah jatuh cinta kemudian kamu bernikah. Ketiga, cinta dari mata turun ke hati - kamu jatuh cinta dengan Syuhadah, kamu melamarnya lalu bernikah. Inilah dikatakan syurga cinta!" (lebih kurang lah...)

Syabas kepada Metrowealth atas Syurga Cinta - sangat bagus! :-)

5 comments:

miss jane said...

ahahahaahah k linda
selamat raya!

wah..lama tk nmpk akak

akak, cite ni mmg besh giler2!

rq suke awal n heliza n msg dlm cter ni...best!

blh mndidik ramaja2 supaya lbh mmahami cinta snbnr...

huhuhu

oh kak..
ni blog baru rq

trpksa tukar coz ade org nak hack..hhahahhahah

sile edit pd url akak ye

heheheh

http://plainjane93.blogspot.com

lps ni kna pnggil nama lain..takut mamat2 giler tu leh cari kite

GC said...

Salam Linda,
setuju sgt dgn Linda.
cerita nya ringkas namun padat dgn nasihat berguna. sy tgk wayang 2 kali... ;D
sy pun suka skirp yg dua tu.. dan satu lagi bab "puasa khatan"
syabas Metrowealth kerana gandingan yg sempura telah melahirkan "Syurga Cinta"

~PakKaramu~ said...

Mengunjungi anda

miss1904 said...

salam...1st time ziarah blog ni..
cter ni mmg best sb msj yg disampaikan dgn cara yg sgt menarik.. :)

Linda Amri said...

miss jane, GC, PakKaramu & miss1904 :

terima kasih krn singgah.

yup crita ini bg sy sgt bagus dan sebenarnya byk lg skripnya yg bagus2, mempunyai mesej tp disampaikan dalam bentuk bersahaja + komedi.

sy tertarik jgk dgn lakonan hadziq pelakon cilik yg petah & berbakat besar

terima kasih sekali lagi :-)