Friday, July 3, 2009

Jom jalan-jalan ke Pantai Tanjung Aru!

Cepat sungguh masa berlalu, pejam celik pejam celik tup tup kita sudah berada dalam bulan Julai tambahan kita sudah berada dalam bulan Rejab iaitu bulan Allah. Marilah kita bersama-sama dan beramai-ramai merebut pahala puasa di bulan Rejab!

Saya baru berkesempatan mengimbas kembali gambar-gambar semasa bercuti dengan suami dan anak-anak pada musim cuti persekolahan yang baru lalu. Setelah mendaftar keluar dari hotel Megah D' Aru pada 13 Jun kami empat beranak berehat sekejap di pantai Tanjung Aru sambil menikmati keropok lekor ala Sabah (rindu pula dengan keropok lekor Terengganu), air kelapa muda dan membeli kacang tanah dan jagung rebus sebagai bekalan.

Berhampiran dengan tempat makan terbuka tempat kami singgah ini ada juga tempat rekreasi yang sesuai untuk tempat berkelah. Sekiranya anda ingin bercuti sambil menikmati suasana pantai, bolehlah menginap di Shangri-La Tanjung Aru Resort (STAR) dan kepada peminat sukan golf, bolehlah "tee-off" di padang golf yang juga ada di sini.

Inilah antara gambar kenangan yang sempat kami rakamkan.



Nana melayan perasaan


Pemandangan tempat makan dari pantai


Pantai Tanjung Aru yang sentiasa dikunjungi semasa musim cuti


Nana dengan aksi yang tersendiri


Antara pemandangan Pantai Tanjung Aru


Arin seronok makan isi kelapa muda


Nana pun nak makan juga!


Antara menu yang ada di sini


Eh! Apa kena dengan Arin dan Nana ni?


Abah buat apa tu?



Air kelapa muda yang cukup menyegarkan


Inilah dia keropok lekor ala Sabah yang ternyata jauh beza dengan keropok lekor Terengganu


Antara pemandangan tempat makan di Pantai Tanjung Aru


Selepas ini, kita jalan-jalan dan lepak di Borneo Paradise Resort pula, ya!

1 comments:

sonata anak kancil said...

Pernah gak singgah kat sini hala ke airport kan...last year