Sunday, June 21, 2009

"Transformasi" dan "Mentransformasikan"



Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "transformasi" bermaksud perubahan bentuk (sifat, rupa, keadaan, dll). Oleh itu, perkataan "mentransformasikan" bermakna melakukan (meninggalkan dsb) transformasi, mengubah bentuk (sifat, rupa, keadaan, dll).

Bukan sahaja, Akademi Fantasia (AF) yang memerlukan transformasi, kita juga perlukan transformasi.

Objektif atau sasaran yang mahu dicapai setelah proses transformasi adalah berbeza mengikut tuntutan atau keperluan individu masing-masing.

Hari ini, saya telah mentransformasikan dua lagi blog saya iaitu Cerita Pasal Makan dan Cerita Tentang Buku sehingga memiliki rupa yang berlainan daripada sebelumnya. Agak susah juga sebenarnya membuat transformasi ini tetapi, tidak mustahil sekiranya kita mempunyai keinginan yang kuat.

Apa tidaknya, daripada proses mencari tema yang bersesuaian, sehinggalah kita meletakkan segala keperluan yang ada sama seperti sebelum kita melakukan transformasi. Belum lagi diambil kira sebarang penambahan 'widget' yang kita inginkan. Itu pun ada juga yang di luar bidang kemahiran saya. Tidak apa, nanti saya bertanyakan kepada yang pakar.

Saya sudah mentransformasikan, anda bila pula? Apakah pencapaian anda pada hari ini? Sama-samalah kita menjadi orang yang berjaya, yang sentiasa menanamkan iltizam dalam diri agar menjadi manusia yang sentiasa lebih baik dari hari ke sehari.

Kepada yang sudi, silalah berkunjung ke blog-blog saya yang sudah berjaya saya transformasikan itu dan jangan lupa untuk tinggalkan jejak kerana saya pasti akan membalas kunjungan anda.

Rehat jap... :-)

0 comments: