Maher Zain Live in Kuching Slideshow: Linda’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Kuching was created by TripAdvisor. See another Kuching slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Friday, June 12, 2009

Menginap di mana?

Kami sekeluarga tinggal di hotel Megah D' Aru yang terletak di Tanjung Aru lebih kurang 15 minit dari bandar KK. Hotel ini menjadi pilihan kami setiap kali bermalam di KK kerana bukan sahaja kadar sewa satu malam yang murah untuk Family Room iaitu RM138.00 (termasuk sarapan untuk 2 orang) tetapi juga kerana tandasnya disediakan hos (kebanyakan hotel di KK tidak menyediakan hos) dan ia menyediakan perkhidmatan wifi secara percuma.

Sebab itulah saya senang melilau dalam Internet :-). Berbaloi lah kan?



Bilik Family Room yang menyediakan dua katil


Bilik air yang kecil tapi memberikan keselesaan


Gambar lama yang digantung di ruang legar hotel


Bangunan hotel pada waktu malam


"Di mana kita nak makan abah?", tanya Arin.

"Nak tahu kat mana? Jom, kita makan dulu!", kata abah.

Kami memilih untuk makan malam di gerai makan berhampiran Plaza Tanjung Aru. Jom!

0 comments: