Terus-terang saya katakan saya tidak suka memegang suratkhabar kerana bahan yang ada pada suratkhabar boleh menjejaskan kesihatan. Sebab itulah saya lebih suka membaca berita melalui Internet.TETAPI oleh kerana hendak mengundi Hijab Sang Pencinta bagi memenangi Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2009 dalam kategori cereka, saya sanggup memegang suratkhabar Berita Harian semalam untuk mendapatkan borang undian asal.
Tarikh tutup untuk menghantar undian adalah pada 15 Julai 2009. Borang asal akan sekali lagi disiarkan oleh Berita Harian pada Jumaat, 03 Julai. Selain itu, borang undian juga boleh didapati dari 60 rangkaian Kedai Buku Popular di seluruh negara, di samping menerima potongan harga 20 peratus untuk belian semua buku yang dipertandingkan sehingga 30 September ini.
Kepada anda peminat karya Novelis Thriller Nombor 1 Malaysia iaitu Ramlee Awang Murshid, jangan lepaskan peluang ini untuk meletakkan Hijab Sang Pencinta sebagai karya yang memenangi anugerah ini.
Anugerah Pilihan Pembaca ini adalah anjuran bersama Popular Book Co (M) Sdn. Bhd. dan Berita Harian sempena pameran buku terbesar di Malaysia, BookFest@Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 22 hingga 31 Ogos 2009.
Pengundi yang berjaya membuat tekaan paling hampir 3 buku paling popular pula akan menerima hadiah daripada pihak penganjur yang berupa baucer buku RM50 serta kad keahlian Popular untuk tempoh setahun.
Kepada mereka yang masih belum mengenali Ramlee Awang Murshid, sertailah kami di www.kelabram.com untuk mengenali beliau dan peminat-peminat karya beliau dengan lebih dekat.
Undi jangan tak undi!









0 comments:
Post a Comment