
Sebelum terlambat sangat, saya hendak merakamkan ucapan tahniah kepada adik saya - Liza yang dengan selamatnya telah menghadiri majlis konvokesyen di UiTM Shah Alam pada 28 Mei yang lalu.
Beliau telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Diploma Perbankan dan tengah dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda Perbankan Islam di UiTM Dungun, Terengganu.
Kasihan adik saya ini kerana menangis pada hari graduasinya kerana rata-rata yang bersalaman dengannya menyampaikan rasa simpati kepada beliau yang terpaksa menghadiri majlis konvokesyen tanpa ditemani oleh ahli keluarga.
Saya mengatakan kepada beliau lebih kurang begini "Aku dulu pun konvo sorang-sorang je. Dua kali konvo dua kali solo. Bukan apa, kalau ada mama dan bapa payah sikit nak diaturkan sebab kita ni dari seberang, kenalah kita aturkan tempat tinggal, kenderaan dan macam-macam lagi. Cuba kau bayangkan kalau mama dan bapa ada bersama kau, kan susah. Sekurang-kurangnya, kau urus diri sendiri je".
Beliau pun menjawab "Haah kan, nasib baiklah, kalau tidak kesian mama dan bapa naik bas".
Sekali lagi, tahniah dan semoga terus berjaya wahai adikku!







2 comments:
Assalamualaikum
Bila baca cite ni... teringat la masa sy convo dulu... Nasib kita sama je... Tp yang penting kita dah sampaikan hajat emak & ayah kita kan.
Then lepas grad ni lak masa utk berbakti kepada mereka pulak...
Tahniah utk adik akak Linda tu.
wsalam zonan,
betul betul betul
rasanya mak bapa kita bukanlah mengharapkan kita membalas segala apa yg mereka dah korbankan utk kita, kepuasan hati mereka adalah hanya sekadar melihat kita mampu berdikari sendiri.
tapi, sebagai anak, kita sememangnya disarankan oleh agama kita untuk berjasa kpd mak bapa kita sebab tanpa mereka kita tidak akan lahir ke dunia ini dan sebagai tanda penghargaan kita dan terima kasih kita kpd mereka.
terima kasih bagi pihak adik saya, dan semoga zonan pun terus berjaya dalam hidup.
terima kasih krn singgah :-)
Post a Comment