Hari ini merupakan hari kedua kami tiga beranak bercuti dengan pakej 3 hari 2 malam di rumah sendiri. Saya memilih untuk mengambil pakej percutian ini sempena cuti sekolah dan untuk meluangkan masa bersama anak-anak memandangkan suami berpergian ke Kuala Terengganu.
Bukan senang nak dapat peluang sebegini sebab biasanya suami saya akan ada bersama dan saya pula akan bertugas seperti biasa. Inilah peluang untuk saya bersama anak-anak dan saya memikirkan anak-anak kesayangan saya ini belum pernah berenggang dengan abah mereka. Jadi, untuk mengembirakan mereka, saya kena ada sentiasa bersama mereka.
Sehari sebelum percutian - Ahad
Hari Ahad tidak termasuk dalam pakej percutian kerana bagi saya hari Ahad adalah hari untuk bersama keluarga. Kami bertiga, mama dan adik bongsu saya memenuhi jemputan kenduri kahwin di Kampung Bambangan, Papar. Kira tuan rumah isteri kepada arwah saudara terdekat kami juga.
Apa yang menarik perhatian saya ialah warna tema yang mereka gunakan adalah hitam dan putih. Mulanya, saya tidak perasan. Apabila hendak balik, barulah saya terpandang kain khemahnya berwarna hitam putih. Selepas itu, barulah juga saya terperasan yang buah tangan yang diberi kepada tetamu pun hitam putih. Hitam putih - janggal tetapi menarik!

Hadiah untuk tetamu tapi saputangan tu macam tak ikut tema je kan
Hari pertama percutian - Isnin
Saya bangun seawal jam 5.00 pagi - mandi, solat, basuh kain dan mengemaskini sedikit blog saya sebelum menyiapkan sarapan ala kadar.
Sarapan kami cukup ringkas - sandwic telur & mihun goreng.

Sandwic telur dan mihun goreng untuk sarapan

Sandwic telur yang mudah disediakan

Nana memilih untuk meratah inti sandwic
Saya juga meluangkan masa untuk memenuhi permintaan anak-anak yang sejak hari Sabtu minta dibuatkan jeli (agar-agar). Sudahnya, saya buatkan puding pisang untuk mereka.
Dapatkan resipi penyediaan sandwic telur dan puding pisag di blog Cerita Pasal Makan.

Puding pisang
Untuk makan tengahari pula, mama saya yang sediakan. Kami tidak cerewet pasal makanan ni, ikan goreng cicah sambal kicap pun jadi juga hehe.

Arin yang bergantian dengan saya menggunakan laptop

Nana yang sibuk mengetik kamera dan merakam video

Hasil keras tangan Arin : Christmas-tree man
Apa lagi yang kami buat ya? Oh ya, saya mengambil kelapangan ini untuk menyusun kembali foto-foto anak yang masih tidak tersusun (masih duduk dalam album yang kedai gambar bagi).
Seronok tengok anak-anak ketawa bila melihat gambar-gambar mereka yang macam-macam gaya.

Gambar-gambar nostalgia Arin

Gambar-gambar nostalgia Nana
Hari ini adalah hari kedua percutian kami. Kami merancang hendak pergi ke perpustakaan pula hari ini.
Nak buat sarapan dulu. Jumpa lagi!









0 comments:
Post a Comment