Wednesday, June 10, 2009

Jom ke Kundasang!

Sudah lama saya nak buat entri ni tetapi memandangkan tidak berkelapangan, saya tangguhkan dulu ke satu masa dan ketika yang sesuai.

Pada bulan Januari yang lalu saya telah menghadiri satu bengkel yang dianjurkan oleh pihak pengurusan tempat saya bertugas. Lokasi bengkel pada kali ini ialah di Hotel Perkasa Kundasang. Kebetulan sudah agak lama tidak berkunjung ke sana bersama anak-anak, saya pun ajaklah sekali suami dan anak-anak untuk bermalam walau pun satu malam sahaja.

Adik ipar saya yang bertugas sebagai jururawat di KL kebetulan berada di Sabah ketika itu juga teringiin nak melihat Gunung Kinabalu katanya tetapi beliau kurang bernasib baik kerana pada bulan Januari yang lalu musim hujan dan kabus agak tebal menyebabkan Gunung Kinabalu tidak kelihatan.

Suami saya berkata kepada beliau "Mung mari sini dok kabo kat aku, mung kate nok beri 'surprise'. Padang muka mung, gunung pung beri 'surprise' ke mung, dok nampok ape pung, nampok kabus je", gitu lah lebih kurang.

Jom ke Kundasang!



Rama-rama ini duduk diam di tepi tingkap tempat duduk saya semasa hari terakhir bengkel


Kabus agak tebal


Mula cerah


Gunung Kinabalu yang nampak berbalam-balam dek kabus


Gunung Kinabalu mula menampakkan diri


Cerah sedikit


Antara pemandangan yang saya suka


Melihat bunga-bungaan dan kehijauan boleh menenangkan fikiran


Antara chalet yang ada di Hotel Perkasa Kundasang


Jambatan yang digunakan untuk ke chalet



Antara hiasan dalaman ruang legar Hotel Perkasa Kundasang


Tempat berehat yang ada di Hotel Perkasa Kundasang




Seperti biasa, saya ada model yang tak perlu dibayar hehe

Selamat tinggal Kundasang, nanti kami akan kembali lagi!


0 comments: