Maher Zain Live in Kuching Slideshow: Linda’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Kuching was created by TripAdvisor. See another Kuching slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Sunday, June 7, 2009

Demam BloggerHunter09 Contest


Salam Ahad,

Hari ini saya bangun seawal jam 5.15 pagi. Bingkas bangun, mandi dan mengerjakan solat subuh. Pagi ini perasaan saya agak sayu sikit sebab suami tercinta balik ke Kuala Terengganu tengahari semalam dan akan hanya balik ke Sabah pada 10hb. Memang tidak lama tetapi saya tidak biasa ditinggal-tinggalkan cuma biasa meninggal-ninggalkan suami dan anak-anak tercinta ketika bertugas di luar kawasan.

Selepas solat saya tidak membuang masa untuk melihat keputusan carta BloggerHunter09 yang tengah berlangsung dari 05 hingga 07 Jun 2009. Semalam saya pada kedudukan kelima, hari ini saya pada kedudukan ketujuh. Jatuh dua anak tangga tetapi masih dalam 10 tangga terbaik.

Komen saya setakat ini terhadap Kami Blogger dan Blogger Hunter Contest:

1. Mencari jawapan di blog-blog Kami Blogger ada yang agak mencabar sebab terdapat soalan-soalan yang sukar untuk saya mencari jawapannya.

2. Tidak semua soalan yang saya hantarkan tertera dalam senarai soalan. Saya tidak pasti kenapa dan saya akan bertanyakan pihak penganjur berkenaan perkara ini.

3. Kebanyakan ahli Kami Blogger adalah mereka yang menjalankan perniagaan secara dalam talian (online). Ini merupakan satu perkembangan yang cukup menarik dan baik sekali kerana pemilik blog-blog ini terdiri daripada bumiputera Melayu dan yang lebih memberangsangkan lagi ada dalam kalangan mereka adalah penuntut di pusat-pusat pengajian tinggi.

Sayangnya, ramai yang berniaga secara 'online' ini hanya menggunakan domain 'blogspot' dan bukannya domain sendiri. Mungkin ramai yang beranggapan yang percuma itu lebih baik dalam meraih keuntungan tetapi perlu diingat menjalankan perniagaan menuntut kita mengeluarkan modal lebih-lebih yang berniaga secara 'online' kerana ruang berniaga dalam Internet tidak terhad di dalam negeri sahaja kerana Internet adalah dunia tanpa sempadan dan perniagaan dalam Internet boleh melangkaui sempadan, membawa jenama perniagaan merentasi dunia.

Oleh hal yang demikian, kredibiliti satu-satu perniagaan dalam Internet harus dititik beratkan. Perniagaan melalui Internet mempunyai pelanggannya yang tersendiri dan kewibawaan perniagaan akan dinilai bukan sahaja dengan melihat produk dan perkhidmatan yang diberikan tetapi juga bagaimana perniagaan tersebut dipersembahkan secara 'online' seperti menggunakan domain tersendiri (sebagai contoh www.abc.com atau www.xyz.com.my), informasi produk dan perkhidmatan, terma dan syarat perkhidmatan, jaminan kepada pelanggan, dan yang paling utama cara pelanggan membuat pembayaran dan perkhidmatan selepas jualan. Ini belum lagi mengambil kira aspek reka letak dan warna yang digunakan dalam mereka bentuk satu-satu laman web perniagaan.

Yang paling utama, 'pelanggan adalah raja'. Oleh itu, keperluan pelanggan harus difahami kerana merekalah yang mengeluarkan wang untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan. Hubungan baik dengan pelanggan harus diwujudkan dan dikekalkan seboleh mungkin kerana seorang pelanggan akan membawa sepuluh pelanggan lain.

Saya bukan berlagak pandai tetapi saya bercakap berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya, kerana saya suka membeli secara 'online' terutama sekali buku-buku dan produk yang tidak terdapat dalam Malaysia seperti 'handphone leather casing' dan peralatan latihan (training aid) yang terpaksa saya beli dari UK.

Klik di sini untuk tip menjadi jutawan siber.

Saya suka membuat perbandingan di antara laman web perniagaan di Malaysia dengan laman web perniagaan antarabangsa. Pada pendapat saya, kita harus lebih berpandangan jauh dengan membuat perancangan untuk mengetengahkan produk Malaysia dalam arena antarabangsa.

Melihat laman-laman web yang ada ini sedikit sebanyak dapat menyemarakkan lagi semangat saya untuk memulakan perniagaan dalam Internet.

4. Menyertai Kami Blogger membuka lebih ruang kepada saya untuk mengetahui lebih lanjut antara tujuan rakyat Malaysia menggunakan Internet.

Memang menakjubkan, kalau tidak percaya sertailah Kami Blogger (Banner ada pada 'sidebar' blog ini).

Kepada rakan-rakan Kami Blogger yang lain - hari ini adalah hari terakhir untuk Blogger Hunter Contest, selamat berjaya!

Adios amigos!

0 comments: