Maher Zain Live in Kuching Slideshow: Linda’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Kuching was created by TripAdvisor. See another Kuching slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Monday, June 8, 2009

Demam BloggerHunter09 Contest dah kebah


Salam Isnin,

Saat bertukar minit, minit bertukar jam. Sekejap sangat masa berlalu. Nampaknya, BloggerHunter09 Contest pun dah berakhir semalam.

Keputusan sudah dibuat. Para pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga sudah diketahui. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi tahniah kepada para pemenang. Saya pasti usaha mereka lebih gigih daripada saya sebab saya hanya berjaya meraih tempat ketujuh.

Tujuh? Ya lah, tujuh? Kenapa? Tak percaya kah?

Nasib baik lucky number saya. Saya suka nombor tujuh sebab:

1. Tujuh adalah satu-satunya nombor yang ada dalam perumpamaan - "The Magnificient 7".

2. Ada 7 lapis bumi dan 7 lapis langit.

3. Dunia ini dijadikan oleh Allah dalam masa 7 hari.

4. Ada 7 benda ajaib di dunia (salah satunya adalah saya, hehe).

5. Kita pun hidup 7 hari (yalah, hari Isnin hingga hari Ahad).

6. Kami adik-beradik 5 orang campur mama dan bapa jadi 7 orang.

Itu sahaja yang saya ingat setakat ini kenapa saya suka nombor tujuh. Kalau ada tambahan, kemudianlah ya.



Eh! Macam tempat kelapan je, tempat ketujuh tu keputusan semalam lah

Ye ke? Alahai, takpe lah kelapan pun ok apa, kalau orang Cina kata nombor 8 ada ong maaa, hehe... Tambahan pula nama saya ada 8 abjad semuanya. Kira ok lah tu, kan?

Pengalaman semasa menerjah blog mencari jawapan untuk BloggerHunter09 Contest?

Pengalaman yang sungguh mengujakan dan menyeronokkan kerana saya dapat melihat kehebatan manusia terutama sekali orang-orang Malaysia dalam mengadaptasikan diri dengan dunia Internet dan blogging. Saya dapat melihat kreativiti makhluk yang diciptakan oleh Allah iaitu manusia dalam menghasilkan satu masterpiece iaitu blog. Sungguh hebat! Tahniah kepada mereka semua.

Ada pengalaman yang menyedihkan tak?

Sedih? Sedih tak adalah cuma marah campur geram kerana ada satu ketika itu, saya menerjah satu blog dengan tujuan mencari jawapan dan saya tinggalkan jejak kat shout mix dia dengan mengatakan soalan yang dia berikan agak susah hendak dicari jawapannya. Alih-alih dia jawab lebih kurang begini "Soklan tu FCU yang buat... aapadaa...". Dengan mata yang semakin juling sebab bersusah payah klik sana-sini kat blog dia ditambahkan pula dengan 'kata-kata manis' dia ini, saya rasa darah dah mula merayap naik kat atas muka saya nasib baik tak meletup saja.

Saya pun bagi jawapan lebih kurang begini "U mrh ke? Mana saya tau soklan tu FCU yang buat sbb kitorang kena reka soklan sendiri, lain kali cakap bebaik skit blh tak?". Selepas itu, saya tidak dapat melihat jawapannya dan kata-kata saya tadi sebabnya sudah dipadam daripada shout mix.

Apa komen terhadap insiden ini?

Komen? Saya tak nak komen banyak. Saya cuma nak katakan dan tekankan bahawa walau pun kita berinteraksi dalam Internet dan kita tidak bersemuka, adab sopan dan kesantunan harus dipelihara. Kita harus menjaga tatasusila walau pun ketika berborak dalam chat box. Saya tidak tahu orang lain, tetapi saya melihat keperibadian seseorang itu melalui interaksi saya dengan beliau walau pun dalam chat box.

Kata-kata yang ditaip adalah lahir daripada hati dan pemikiran si penaip. Kalau nilai dalaman dirinya positif, maka yang diluahkan juga positif dan begitulah sebaliknya. Apa pun, kita kena balik kepada persoalan nilai yang kita sematkan di dalam diri dan hati kita. Nilai inilah yang akan menyerlahkan keperibadian dan personaliti kita.

Errr... boleh tahan panjang komen ni, kata tak nak komen banyak?

Hehe... ikut suka hati sayalah, ini kan blog saya hahahahahaha

Boleh nyatakan tak URL blog yang dimaksudkan tu?

Tidak perlu saya sebutkan di sini. Saya sangat mengharapkan catatan ini dibaca oleh pemilik blog tersebut dan pesanan saya untuk beliau - "Lu pikirlah sendiri!".

Macam bunyi nak gaduh je, bawa-bawalah bersabar ye

Sememangnya, kesabaran adalah penawar kemarahan. Kalau saya tak sabar, saya dah sebutkan dah URL blog tu, lepas tu saya canangkan ke sana ke mari biar sampai blog dia tutup, baru padan muka dia muahahahahahahaha, tetapi saya bukannya manusia yang sebegitu. Biarlah dia mengambil iktibar ke atas apa yang berlaku.

Bermaafanlah kerana itulah yang terbaik

Maaf? Sebelum saya masuk tidur malam tadi saya sudah maafkan dia, walaupun pada hakikatnya tuan yang berkata-kata itu tidak ada memohon maaf. Saya tidak mahu hati saya jadi hitam dan keras macam batu kerana menyimpan dendam, tambahan pula memberi kemaafan adalah salah satu cara untuk kita menyucikan hati.


Tahniah sekali lagi kepada yang menang dan dapat hadiah walau pun sebenarnya, semua yang menyertai pertandingan ini adalah pemenang sebab kami sudah mencuba sedaya upaya menjawab soalan-soalan yang diberikan. Untuk menjawab soalan-soalan ini pada pendapat saya memerlukan kesabaran dan kreativiti si pencari jawapan.


Ada lagi tak pertandingan ni pada masa akan datang?


Pasal itu, saya tidak tahu nak cakap apa, kena tanya FCU lah kot selaku penganjur. FCU, what say u?


Apalah saya melalut pepagi Isnin ni, hehe... belum sarapan kot, itulah pasal.

Salam ceria semua, jumpa lagi!

5 comments:

Mohd Nasri Md. Nasir said...

tu ranking smlm..hehe
pehal pn thniah gk sbb brjaya abskn blogger hunter dgn riangnye..hehe

Linda Amri said...

haah le nasri, nampak gaya sy dah mendahului penganjur lak nih hehe... tahniah sekali lagi, semuanya pemenang kan? takde pengalah... :-)

[Q.e.M.a] said...

Salam~
congrats sis sbb ada dlm top 10 @ blogger hunter contest..
sorry ye sbb da susahkn sis kena kira 1 by 1 entry sy utk soalan:

"Apakah tajuk entry ke -12 blog ini"

hehe~
mesti sis ingt lg kn..
btway, salam perkenalan dr sy ^_^

sizukaDeboss said...
This comment has been removed by the author.
Cik Qemm said...

congrates :)
ralat rasa sebab tak dpt join bloggerhunter aritu,ade hal di kampung.huhu..