Sempena Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik saya sejak di bangku sekolah tadika sehinggalah tamat persekolahan sekolah menengah.Sekolah Tadika (1981)
Terima kasih kepada Cikgu Beriah.
Sekolah Kebangsaan Kuala Papar (1982-1987)
Terima kasih kepada Cikgu Basri, Cikgu Rosni, Cikgu Fauziah Tinus Abdullah (guru Bahasa Inggeris), Cikgu Ayub Mumin (Guru Besar), Cikgu Madius, Cikgu Datu Junaidi, Ustaz Shariff, Cikgu Zaiton dan Cikgu Rosli.
Sekolah Berasrama Penuh Sabah (kini dikenali sebagai SM Sains Kota Kinabalu : SMESH – 1988-1992)

Terima kasih kepada Cikgu Rozaimi (Perdagangan), Cikgu Nazri (Geografi / Guru Kelas Tingkatan Tiga Beta), Madam Ling (Matematik Tambahan), Cikgu Fazli (Matematik), Cikgu Aminah (Bahasa Inggeris), Cikgu Borhan (Fizik), Cikgu Zakaria (Kimia), Cikgu Osman (Guru Perpustakaan), Ustaz Ramadhan (Agama Islam), Cikgu Somphon Sararaks (Pendidikan Jasmani), Ustaz Abdul Bashid (Bahasa Arab / Agama Islam), Cikgu Fatimah (kini menjadi Pengetua SM Tansau Putatan) dan Cikgu Haji Adnan Ibrahim (Pengetua).
Serta semua guru-guru saya yang telah mencurahkan budi dan bakti yang tidak dapat saya sebutkan nama di sini (mohon maaf sebab sudah terlalu lama – tidak ingat nama) termasuk guru yang telah mengajar saya secara formal atau tidak formal.
Begitu juga dengan dua orang guru tetap saya iaitu bapa saya yang telah mengajar saya sedari kecil tentang kepentingan ilmu pengetahuan dan beliau telah mendidik saya serta menjadi sumber inspirasi saya ketika saya kehilangan semangat untuk terus berjuang dan semestinya juga untuk kasih sayang dan ‘pengajaran’ mama saya yang tidak pernah kenal erti jemu melayan kerenah saya dan yang telah banyak mengajar saya erti sebuah kehidupan sejak saya lahir. Tanpamu mama, saya tidak akan tahu untuk bertatih, berjalan dan seterusnya berlari untuk mencapai impian saya.
Terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan kepada saya,
Sesungguhnya tanpa jasamu guru, saya tidak akan mengecapi nikmat ilmu yang saya rasai kini,
Tidak ada hadiah yang diberi untuk menzahirkan tanda terima kasih ini,
Cuma sekadar doa - semoga Allah membalas budi dan jasamu wahai guru,
Selamat Hari Guru dan semoga terus berjuang demi pembangunan bangsa, agama dan negara…
Terima kasih cikgu!







2 comments:
kaklinda,
akak memang pandai buat entri menggunakan bahasa melayu baku dan buku. ;)
akim,
pandai buat entri dlm bahasa melayu? hek ele, kita kan duduk kat malaysia, berbangsa melayu (boleh kira melayu lah), siapa lagi yang nak memartabatkan bahasa melayu klu bukan kita?
bkn apa akim, dlm dunia globalisasi ni dengan dunia Internet yang tanpa sempadan ni, ramai juga mat salleh yang sudah pandai berbahasa melayu. jadi, ada baiknya juga kita buat entri dalam blog menggunakan bahasa melayu yang betul (baku), kan?
lagi pun orang indonesia, singapura, brunei dan thailand juga ramai yang boleh berbahasa melayu. takut diorang tak faham kalau kita gunakan bahasa singkatan atau bahasa pasar.
apa lagi, akim, jom lah buat entri dalam bahasa melayu baku, mungkin tak macho tapi itu adalah salah satu misi kita untuk memartabatkan bahasa melayu supaya dikenali oleh masyarakat dunia, chewah! terlebih sudah! ;-)
Post a Comment