Sebagai kenangan, inilah antara gambar-gambar yang sempat kami rakamkan. Jom kita tengok!
Sebelum meneruskan perjalanan, kami singgah sebentar di gerai yang menjual puding kelapa, kelapa bakar dan lokan (sejenis kerang). Puding kelapa ini ada dijual dalam kelapa (seperti dalam gambar) berharga RM4.00 sebiji dan di dalam cawan dengan harga RM2.00 satu cawan. Ini adalah antara menu kegemaran saya dan kena juga beli kat gerai ni sebab saya dah pernah rasa puding di gerai lain tapi tak sedap.

Inilah gerainya - Gerai Bersamamu (macam bunyi salah satu program di TV3 saja kan?). Gerai ini terletak di sebelah kanan jalan dan di hujung sekali sekiranya anda dalam perjalanan dari KK ke Taman Buaya.

Sejenis kerangan yang dipanggil "lokan" ada juga dijual di sini. Ia boleh dinikmati dengan cara merebus atau memanggang.

Air kelapa muda dan kelapa bakar juga ada dijual di sini.
Selepas berhenti rehat, kami pun meneruskan perjalanan ke Taman Buaya. Hah! dah sampai pun dan kami disambut oleh buaya yang boleh berdiri pula tu hehe. Selamat datang!
Ular sawa
Anak ular sawa
Ikan koi yang sungguh lapar
Abah, Arin dan Nana tengah sibuk bagi ikan makan
Ikan keli Afrika
Lagi ikan keli Afrika
Kura-kura dalam perahu. Eh! Kura-kura dalam kolam lah! Hehe
Binturong si kucing besar pun ada juga. Comel kan?
Ini ayam apa? Saya tidak pasti ini ayam apa. Ada sesiapa yang tahu?
Abah dan Arin berkenalan dengan rusa Santa Clause, hehehe...
Ini pula antara spesies yang agak pelik. Jom tengok
"Sebelum kita tengok buaya, kita pegang dulu anak buaya ni," kata Abah.
Asyik tengok benda lain saja ni, mana buaya-buayanya? Hah! Inilah buaya-buayanya! Tengok jangan tak tengok.
Ini baru ekornya
Ini pula kepalanya. Besar kan?
Buaya-buaya tengah bersantai
"Predator" - memang kita tidak akan mendengar sang buaya ini datang. Bunyi percikan air pun tidak ada. Itulah sebabnya ia dipanggil "predator".
Buaya katak - ada bonggol di belakang.
Bujang Sukau - tengoklah rekodnya di sebelah.
Ini pula buaya yang tidak pandai duduk diam, asyik menggerak-gerakkan kakinya sahaja.
Besarnya buaya-buaya ini!
Selesai sudah sesi "menziarah" buaya-buaya. Kepada yang hendak membeli cenderahati, kedai yang menjual pelbagai cenderahati dan produk berasaskan kulit buaya ada di ruang legar berhampiran dengan pintu masuk.

Daging buaya juga turut dijual di sini.
Anak-anak saya seronok sangat walau pun mereka kepanasan dan letih. Misi kami seterusnya adalah hendak melawat Rumah Besar di Kinarut, Papar pula selepas ini. Jumpa lagi ya, Sang Buaya!
Ini apa pula? Hah! Ini adalah dua ekor buaya rongak yang berjaya kami tawan semasa balik ke Kuala Terengganu tahun lepas. Anak-anak saya memang suka benda-benda pelik. Saya sarankan mereka beli patung lain, patung buaya rongak ini juga yang mereka minati. Walau apa pun, saya dan suami hormati keputusan mereka. :-)










































2 comments:
Ada tak kawasan dimana orang mencampakkan duit syiling ke dalam kawasan buaya ? Kononnya membayar nazar atau sahaja seronok - seronok ?
Abang Long,
Pada masa kami sekeluarga melawat tempohari tidak ada pula. Semua kolam nampak bersih je atau mungkin kami tidak fokus untuk melihat keadaan itu.
Terima kasih kerana singgah :-)
Post a Comment