Adakah perkara yang betul tetapi tidak betul? Kadang-kadang saya merasakan saya belum memberikan sepenuh komitmen kerana sasaran yang diberikan belum lagi dapat dicapai, tetapi saya merasakan saya dianiaya, sebab kerja yang diberikan sudah mencapai tahap melampau, sehingga saya rasa muak berfikir memuntahkan buah fikiran, dan penat menarikan jari-jemari di atas papan kekunci komputer untuk menghasilkan kertas kerja, yang rasanya bukan tugas saya tetapi saya tetap gagahkan diri untuk terus berjuang, demi mendapat keredhaan Allah dan demi kelangsungan hidup dan tanggungjawab kepada anak-anak.
Pangkat dan wang ringgit bukanlah sasaran saya kerana yang jauh lebih berharga adalah pengalaman dan kemahiran bekerja yang saya perolehi. Dua perkara itulah yang akan saya jadikan sandaran untuk memulakan "sesuatu" yang sudah lama saya impikan. Saya cuma menunggu masa yang sesuai untuk semua itu.
Penat, saya memang penat, penat mental dan fizikal. Memang betul saya perlu memberikan perkhidmatan yang setimpal dengan bayaran gaji saya tetapi tidak betul sekiranya saya diberikan tugasan yang melampau yang sudah tidak mampu untuk saya tanggung.
Ya, saya akui saya sedikit mengeluh tetapi ini lebih kepada luahan perasaan yang tidak ketentuan hala tujunya. Hai hati, sabarlah... sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar
Apalah yang saya rapukan dan repekkan ini? Anggap sahajalah saya sakit mental hari ini... hahahahahahaha (Just give me a break, ya!)
Apalah yang saya rapukan dan repekkan ini? Anggap sahajalah saya sakit mental hari ini... hahahahahahaha (Just give me a break, ya!)









1 comments:
wah..
Post a Comment