Kebetulan saya bercuti bersama keluarga untuk ronda-ronda KK sempena cuti sekolah, saya mengambil kesempatan ini untuk mengaturkan pertemuan dengan beliau khas untuk peminat-peminat Ramlee Awang Murshid yang belum lagi bersua muka dengan beliau. Walau pun pada mulanya saya seorang sahaja yang menunggu seawal jam 7 petang kemudian disusuli oleh saudara Ramlee dan Encik Norden yang sering bersama saudara Ramlee ketika menghadiri pertemuan RAMFC, tetapi kami seterusnya sangat senang hati untuk bersua muka dengan saudari Atim tiga beradik -Atim, Qiah dan Dayang yang datang juga untuk memenuhi undangan saya (terima kasih Atim, Qiah dan Dayang).
Setibanya Atim, Qiah dan Dayang dengan perasaan yang teruja kerana tidak percaya yang mereka benar-benar bertemu dengan saudara Ramlee merupakan hadiah buat saya yang agak risau takut tiada yang datang kerana pengaturan pertemuan pada saat akhir.
Acara seterusnya, semestinya sesi taaruf dan sedikit berbasa-basi serta bertanya itu dan ini oleh saudari Atim yang pertama kali bertemu saudara Ramlee (seronok tengok riak wajah diorang ni hehe).
Sebelum mereka datang, Encik Norden sempat memberikan saya peluang untuk membelek-belek Mikhail yang kebetulan baru "masak" dan keluar dari oven. Wah! bukan main teruja saya sampai risau pula takut tak dapat Mikhail keesokannya ( yalah takut cepat habis!). Tapi Encik Norden memberikan semangat kepada saya yang mengatakan saya sempat untuk dapatkan Mikhail esok dan saya bertekad untuk menjadi yang pertama untuk membeli Mikhail esoknya (chewahhh!).
Ketika diberi peluang membelek Mikhail, saya sempat membaca laman Dedikasi pada bahagian belakang novel (dah dipesan oleh kengkawan lain termasuk Sueonn). Saya tersenyum dan terharu dengan dedikasi yang diberikan oleh saudara Ramlee kepada RAMFC (terima kasih saudara Ramlee). Semoga dengan itu, ahli RAMFC seluruh negara akan bertambah lagi hendaknya.
Saya juga sempat mengajukan soalan yang biasanya saya tanya bila karya terbaharu beliau berada di pasaran - Apakah selepas Mikhail? Dan beliau menjawab "9 Nyawa". Wah! dengar macam menarik je, sama-samalah kita nantikan kemunculan "9 Nyawa" selepas Mikhail.
Semestinya, seperti biasa untuk mengabdikan kenangan dan sebagai bukti perjumpaan, seterusnya adalah acara "klik!klik", apa lagi kalau bukan sesi bergambar. Ni lah gambar kitorang. Pada yang dah berjumpa dengan saya kat KL dulu, jangan terkejut tengok saya dah jadi macam anak gajah hahaha debab bukan main. Sebabnya, entahlah hanya saya yang tahu jawapannya hehe. Tengok lah gambar-gambar nih, jangan tak tengok tau!
Encik Norden
Autograph saudara Ramlee
"Signing Ceremony"
Saudara Ramlee-walau pun keletihan tetap "layannnn"
"Sign jangan tak sign bang!"
Dari kiri-Encik Norden, RAM, Dayang, Qiah dan Atim
Dari kiri-Encik Norden, RAM, Dayang, saya dan Qiah
Keesokannya pula, saya tak sabar-sabar lagi nak ke pesta buku untuk jadi orang pertama membeli Mikhail. Sesampainya saya dan anak-anak beberapa minit lagi jam 10.00 pagi disambut dengan ketaksiapan gerai-gerai pesta buku pula. Bukan apa, kitorang awal sangat kot. Petugas-petugas baru sibuk menyusun buku-buku. Kitorang lepak dulu lah sementara menunggu. Bila tengok penulis-penulis Alaf21 termasuk saudara Ramlee dah sampai dan dah ada dua tiga pengunjung yang membeli, saya pun mulalah memulakan misi saya mendapatkan Mikhail. Emmm... kepuasan hati tak terucap cukuplah sekadar alhamdulillah syukur kat tangan saya ada dua Mikhail - satu untuk saya, satu lagi untuk Fyena (Fyena dan pesan awal-awal) dan Meniti Maut tulisan Eyman Hykal. Memang saudara Ramlee sibuk menandatangan buku-buku sebab beberapa minit saya kat gerai Alaf21 tu memang ramai jugak yang membeli Mikhail (harap-harap terbukalah hati diorang untuk menjadi ahli RAMFC ya).
Mikhail dan Meniti Maut
Autograpgh Eyman Hykal
Apa lagi yang lebih bermakna buat peminat kalau bukan autograph penulis kegemaran mereka
Kepada saudara Ramlee, saya secara peribadi ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas kesudian saudara untuk bersama-sama kami dalam Sepetang Bersama Ramlee Awang Murshid. Apa yang saya harapkan, ini bukanlah pengakhiran tetapi merupakan titik permulaan kepada sesi-sesi pertemuan para peminat saudara Ramlee khususnya ahli-ahli kelab RAMFC. Dengan adanya Mikhail dalam pasaran, menjadi harapan saya secara peribadi agar lebih ramai lagi peminat-peminat saudara Ramlee akan mendaftar sebagai ahli RAMFC agar segala aktiviti kelab dapat dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya.
Kepada Encik Norden - terima kasih daun keladi, lain kali datanglah lagi, datang memeriahkan pertemuan dan aktiviti RAMFC. Segala sokongan dan kerjasama yang pihak Encik Norden berikan kepada kami di RAMFC, kami rakamkan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Kepada Atim, Qiah dan Dayang - terima kasih kerana sudi hadir walau pun pemberitahuan tentang sesi pertemuan ini diwar-warkan pada saat akhir.
Kepada saudara Zamlan yang tak berkesempatan untuk berjumpa, insyaallah kita akan aturkan pertemuan selepas ini bersama dengan yang lain terutama sekali dengan Budakhutan yang juga tidak dapat bersama kerana kurang sihat. Kita doakan semoga beliau cepat sembuh.
Syabas buat saudara Ramlee atas penerbitan Mikhail dan nantikan ulasan Mikhail dan Meniti Maut dalam Cerita Pasal Buku.
Untuk maklumat sinopsis Mikhail sila layari http://www.kelabram.com/ atau http://www.alaf21.com.my/ .
Kepada saudara Zamlan yang tak berkesempatan untuk berjumpa, insyaallah kita akan aturkan pertemuan selepas ini bersama dengan yang lain terutama sekali dengan Budakhutan yang juga tidak dapat bersama kerana kurang sihat. Kita doakan semoga beliau cepat sembuh.
Syabas buat saudara Ramlee atas penerbitan Mikhail dan nantikan ulasan Mikhail dan Meniti Maut dalam Cerita Pasal Buku.
Untuk maklumat sinopsis Mikhail sila layari http://www.kelabram.com/ atau http://www.alaf21.com.my/ .
Terima kasih dan salam ceria buat semua!
Petugas Alaf21 masih sibuk menyusun buku-buku
RAM bersama penulis-penulis Alaf21 yang lain - Lynn Dayana, Aleya Anessa dan Anis Ayuni













6 comments:
kak linda, wah, salam sayang juga.. haha.. best la baca nukilan ni, keterharuan yg teramat.. den pun baru je grab mikhail dan juga meniti maut.. tgal nk baca je, almalang, esok ada prog skot kawin, xleh nk baca lg.. xpe, ahad ng isnin den cuti.. :)
hehe Akim, nko tak suka salam sayang eh, aku dah tukar dah gie salam ceria. selamat membaca Mikhail dan Meniti Maut
salam kasih..erk?!? close up yg bkn kepalang tau..Qiah siap rasa bagai terbang ke langit k-7 bila tgk entri kak lin nih..dia perasan jap jd artis kak oii..Dyg plak x jemu2 remind Atim psl 'TRIP KUNDASANG'..really can't wait..
tapi sedey la kak..blum lg rembat MIKHAIL n MENITI MAUT..harap2 sempat p esok..wish me luck huh..
# DEAREST KAK LINDA AMRI... JUTAAN TRIMAS ATAS USAHA JADIKAN MIMPI KAMI 3 BERADIK NI KENYATAAN..
Atim, thanks for dropping-by. Akak sudag betulkan nama Qiah, mula tu taruk Kia jak mcm jenama kereta tu hehe
Entri akak nih belum dahsyat lagi dik. Mau tengok entri lagi dahsyat, tengok laman web www.alaf21.com.my, akak pun perasan glamer dik oooiiii, tak caya, gie lah tengok!
Jgn lupa dapatkan Mikhail dan Meniti Maut besok, lusa abg Ramlee balik sudah woooo, jgn lepaskan peluang nih tauuu
salam kak linda....
lely dr kl brcuti d kk....
yg lbih smangat dpt jmper RAM d CP!!!
sgguh ramah RAM tuh.....suke sgt....!!! dr gerai maseh berbungkus lg lely dah terpacak dpn tuh!!!
Salam Lely, wah! kat KK skrg nih ye, welcome to Sabah Land Below the Wind. Sebab tu panas sebab angin kat atas, kitorang dok bawah angin hehe
Seronok tak jumpa abg Ramlee? Mesti seronok cam kitorang yang lain rasakan masa memula jumpa beliau dulu
Dah jadi member RAMFC tak? Kalau belum, daftar jgn tak daftar tau, ada byk lagi aktiviti yang Lely boleh join selepas nih dan semestinya bersama RAM
Jaga diri!
Post a Comment