Maher Zain Live in Kuching Slideshow: Linda’s trip from Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia to Kuching was created by TripAdvisor. See another Kuching slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Tuesday, March 17, 2009

Sepetang Bersama Ramlee Awang Murshid



Salam ceria buat semua.

Sudah agak lama saya tidak membuat sebarang catatan. Ini adalah kerana kesibukan yang tidak dapat dielakkan dan inilah cabaran yang saya terima sebagai seorang isteri dan ibu yang berkerjaya. Alhamdulillah, saya mendapat bantuan dan sokongan sepenuhnya daripada suami tercinta. Kalau saya seorang rasanya tak tertanggung rasanya tanggungjawab ini.

Apa khabar anda semua? Saya sentiasa mendoakan kalian sihat dan ceria selalu di samping keluarga tersayang apatah lagi tengah cuti-cuti sekolah ni kan. Untuk itu juga, bagi mereka yang berada di Sabah khususnya yang berada di sekitar KK, apa kata kita bersua muka dan berkenalan dengan novelis thriller nombor satu Malaysia, siapa lagi kalau bukan Ramlee Awang Murshid! Beliau akan berada di KK sempena Pesta Buku Sabah yang akan diadakan pada 20 hingga 23 Mac 2009.

Bagi mereka yang belum mengenali Ramlee Awang Murshid, antara buku-buku tulisan beliau adalah trilogi Bagaikan Puteri - Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta yang mana telah berjaya menjuarai carta popular untuk kategori cereka dalam beberapa minggu selepas hari pelancarannya tahun lepas. Akan datang dalam pasaran adalah karya terbaru beliau Mikhail (insyaAllah akan diterbitkan dalam tahun ini). Kalau nak tau semua pasal Mikhail, Ramlee Awang Murshid dan peminat-peminatnya, luangkanlah masa dengan klik http://www.kelabram.com/ . Sekiranya anda bertuah, anda dapat chat secara live dengan saudara Ramlee sendiri!

Selain beliau, ada tiga lagi novelis Alaf21 akan turut serta dalam pesta buku itu nanti iaitu Anis Ayuni, Lynn Dayana dan juga Aleya Aneesa.

Berikut adalah butiran Pesta Buku Sabah 2009:

Tarikh : 20-23 Mac 2009
Lokasi : Ground Floor, Centre point, Kota Kinabalu
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam

Kepada mereka yang ingin bertemu dan berkenalan dengan saudara Ramlee Awang Murshid, jom sertai kami untuk

sesi Sepetang Bersama Ramlee Awang Murshid
pada 19 Mac 2009 (Khamis) jam 07.00 malam
bertempat di Secret Recipes, Tingkat 4 (Palm Square), Centre Point, KK.

Hah! Apa lagi? Marilah bah ramai-ramai!

0 comments: