
Wah! Terasa dah lama sangat tak menconteng ayat dalam blog aku nih. Rasa kali nih aku nak bersantai skit dengan menggunakan kata ganti diri "aku" je lah.
Untuk memulakan coretan pada hari ini, aku ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah dan kurnia-Nya aku masih diberikan kesempatan untuk terus menikmati kehidupan sementara di dunia ini. Alhamdulillah pada hari Sabtu yang lepas iaitu pada 29 November, aku menyambut hari ulang tahun ke-33. Semoga aku lebih matang dalam membuat keputusan dalam sebarang tindakan yang bakal diambil.
Pada kesempatan ini juga aku ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-rakan sekerja dan Bos aku yang telah meraikan hari yang bersejarah ini.
Dan semestinya kepada suami tersayang dan putera serta puteriku yang sentiasa bersama aku dalam keadaan susah dan senang serta sering mendoakan kejayaan aku dalam kerjayaku.
Kepada mama dan bapaku - doakan kejayaanku dunia dan akhirat. Terima kasih atas segala kasih sayang, sokongan dan dorongan yang diberikan. Kepada adik-adikku - terima kasih atas keprihatinan kalian dan semoga kalian sukses dalam apa jua bidang yang diceburi.
Ceh! Macam ucapan terima anugerah lak. Hehe bila lagi nak bagi ucapan kan. Sebenarnya itu adalah doa aku buat mereka yang dekat di hatiku.
Bulan November memang meriah dengan sambutan harijadi rakan-rakan dan adik aku yang harijadinya cuma selang sehari dari aku begitu juga sepupu aku. Setakat ini aku tahu yang aku berkongsi tarikh lahir dengan seorang rakan aku - Jaja dan sepupu aku - Nurul. Dan aku juga berasa bangga kerana turut berkongsi bulan lahir dengan Pak Lah yang menyambut hari ulang tahun beliau pada 26 November.
Apa pun, aku akan menjadikan peningkatan usiaku ini sebagai pengukur kematanganku sendiri.
TERIMA KASIH SEMUA! SEMOGA ALLAH SENTIASA MERAHMATI KITA




Gambar-gambar sekitar majlis sederhana di Salut Seafood Restaurant